Tertuduh tak tahu kos rawatan gigi

kita rakyat biasa ni kekadang nak beli ubat gigipun pikir 2- 3 kali....
takut bajet lari....
apalagi kalau nak jumpa doctor gigi...setahun sekalipun tak pasti....
takut cukup bulan makan megi...
bagi kami...gigi putihpun tak guna kalau perut asyik berbunyi....

nie crita ada hubung kait dengan kisah lanun...
baca la moga jadi tauladan....

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, semalam diberitahu Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohamad Taiyab Beg Mirza Hadi Hassan Beg tidak mengetahui rawatan pergigiannya sebanyak RM13,860 ditanggung pengarah Syarikat Perunding Pakar Media Sdn Bhd (SPPMSB), Zulhisyam Ayob.

Pakar pergigian Dr Kamsiah Ghulam Haider, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam bela, Saseedharan Menon bahawa tertuduh tidak mengetahui semua perkara berkaitan pembayaran termasuk bil, invois dan resit dikeluarkan kliniknya, Clinical Practise Prosthodontics Sdn Bhd.

Dr Kamsiah berkata, beliau dimaklumkan pengurus kliniknya yang juga saksi pendakwaan kelapan, Rahayu Abdul Rahim bahawa semua rawatan pergigian tertuduh pada 18 Januari 2005 hingga 8 Jun 2005 akan ditanggung sepenuhnya oleh Zulhisyam.

"Saya hanya bertanggung jawab merawat gigi Mirza dan semua urusan membabitkan bayaran serta bagaimana bayaran dibuat akan diuruskan sepenuhnya pengurus klinik.

"Saya juga tidak memberitahu Mirza, rawatan pergigiannya akan dibiayai Zulhisyam yang juga bekas suami saya." katanya

Mirza Mohammad Taiyab pada 13 Ogos lalu mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah berbentuk rawatan pergigian bernilai RM13,860 di Clinical Practise Prosthodontics Sdn Bhd, Taman Tun Dr Ismail antara 17 Januari dan 26 Julai 2005.


woit...rawatan pergigian sampai RM13,860...lu orang repair gigi sapa??? pontianak?? langsuir??

malaysia nie dah parahhhh....

rawatan gigipun bleh buat modal rasuah...kah kah kah....sampai RM13,860 pulak tu..

marah rosmah mansor...gigi diapun repair doctor tepi jalan je...kah kah kah

khalas...khalas...khalas....

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment