APA ADA DENGAN PUTRAJAYA??

0 comments


(Semiotik ialah ilmu untuk memahami cara manusia berhubung antara satu
sama lain dengan menggunakan tanda, simbul dan signal. Ilmu semiotik ini
muncul bila manusia ingin memahami tanda dan makna bangunan hasil dari
seni bina. Ilmu ini juga digunakan untuk memahami dan mengkaji
gambar/lukisan/filem. Teori filem mis en scene - atau apa yang didalam
bingkai - hanya dapat difahami melalui pendekatan semiotik.)

Putrajaya telah dinobatkan sebagai ibu kota kepada Malaysia. Sama seperti
Canberra, Islamabad, New Delhi atau Brazilia - semua kota-kota ini direka
secara terancang, untuk dijadikan ibu kota baru. Apa yang menarik terhadap
kota-kota ini ialah ianya dibangunkan secara artifisial - tidak natural - seperti kota-kota yang terdahulu.

Kota-kota tua dan kuno bangun secara tersendiri kerana kepentingan
ekonomi manusia. London, Paris, New York, Lisbon, Athens, Baghdad,
Melaka, Praque dan termasuk Kuala Lumpur bangun berhampiran dengan
arus air - jalan asal manusia mecari penghidupan dan perniagaan. Atau kota dibangunkan dipersimpangan jalan/lorong perniagaan kuno seperti Mekah,
Kabul, Kandahar, Peshawar, Samarra atau Xian. Justeru semua kota-kota ini
membangun secara natural kerana keperluan manusia untuk mencari dan
merayakan kehidupan.

Kehidupan dan tamadun manusia yang terdahulu dari kita bergantung pula
kepada musim alam semula jadi. Dalam keadaan ini manusia akan mendirikan
didalam kota-kota ini tanda dan simbol kepada Yang Esa. Bangunan
-bangunan suci seperti gereja, citadel, kuil, masjid atau arca akan didirikan
untuk memohon keselamatan dan limpah kurnia yang Maha Esa.

PENGAJARAN KOTA KUNO


Di kota kuno Roma atau kota Greek kuno seperti di Athens didirikan 'patheon'
(kiri) sebagai tanda manusia bersujud kepada Yang Esa. Di tebing sungai
Tagus, di Portugal didirikan patung Nabi Isa sebagai tanda penyembahan
untuk keselamatan setiap kapal yang meninggal kan kota Lisbon.

Bagitu juga disebuah pulau kecil dihadapan kota San Sebastian, di negara
Basques Sepanyol, tersergam patung Isa dari Nazareth sebagai tanda
sujudnya warga kota terhadap agama mereka.
Bagitu juga dengan kota Venice dengan gereja wali Markus yang kudus. atau
kota Paris dengan gereja Hati Suci yang angkuh tegak berdiri diatas bukit
yang melindungi warga kotanya. Kota arab/Islam kuno berpusat/bermula dari makam atau masjid. Dikota-
kota ini seluruh jalan/lorong akan membawa warganya ke wilayah suci ini.
Kota Mekah dengan Kaabah, kota Najaf dengan makam Hussein/Hassan ,
Delhi Lama bermula dengan Masjid Merah, di Marakesh di sebelah Jamaah
al-fana (Medan Roh Berkumpul) wujud sebuah masjid tua yang menjadi
pusat kota ini.
Bangunan-bangunan ini semuanya memiliki bahasa dan nahu sebagai tanda
pengucapan untuk difahami oleh warga yang terkemudian. Dari ilmu semiotik semua ini adalah tanda dan makna bagaimana manusia
merendahkan diri kepada dewa, kepada tuhan atau kepada pencipta
yang Maha Esa.

KEKAGUMAN PUTRAJAYA

Seratus tahun dari hari ini apa yang akan dapat dibaca dari nahu , bahasa dan
ayat pengucapan ibu kota Putrajaya?
Pemilihan kota Putrajaya dilakukan tanpa banyak perundingan. Tidak ada
konsultasi didalam perdebatan di parlimen apatah lagi pandangan dari
badan-badan bukan kerajaan. Semuanya dilakukan atas keinginan dan berahi
seorang manusia yang bernama Mahathir Mohamad. (Pada 1 haribulan
November ini nama Mahathir Mohamad ini akan ditambah dengan huruf B -
Bersara.).
Warga tidak pernah diberitahu secara jelas dan terperinci tentang
belanjawan (atau lebih disenangi pada masa ini dengan perkataan baget) atau
harga untuk mendirikan kota baru ini. Yang didengari oleh warga hanyalah
tuduhan dari pihak pembangkang tentang harga sebuah istana - yang
kemudianya dengan berkungfu lidah telah dijawab oleh perdana menteri.

Kungfu lidah ini pun tidak dapat memberikan apa-apa penjelasan yang dapat
mententeramkan jiwa warga kota dan rakyat negara ini.

Sesiapa yang sampai ke Putrajaya pasti akan 'kagum' melihat pembangunan
bangunan. Untuk mak cik Felda atau professor atau ahli akademia kangkong,
Putrajaya adalah contoh yang amat senang untuk menerangkan makna
kejayaan 'pembangunan'. Rombongan demi rombongan akan dibawa untuk
melihat 'kejayaan'.

Bangunan yang tersergan besar secara kulitan pasti memberi makna
kejayaan pimpinan Mahathir Mohamad. Maka makcik dan pak cik dari Felda
ternganga mulut mereka dan akan berterima kasih sambil dan bersyukur
diatas pimpinan Mahathir.

Untuk warga yang lebih teliti atau pelajar seni bina dan pengguna ilmu
semiotik, pasti mereka akan melihat disebalik bangunan yang tersergam ini
ada tersirat konsep fascist. Semua bangunan-bangunan kerajaan di sekitar
kota ini bercirikan seni bina fascist. ( Seni bina fascist ini adalah satu jalur
pemikiran bangunan yang muncul diera zaman Hitler dan diera Stalin di
USSR. )

Ciri utamanya ialah keangkuhan bangunan itu sendiri - tersergam dan
mengancam para warga yang melihatnya. Bangunan-bangunan berciri fascist
tidak mesra rakyat, terisolasi dari budaya alam sekitarnya dan tidak memiliki
perspektif yang mesra untuk dipandang.

RAKYAT TERPISAH

Lihat saja pejabat/istana perdana menteri, untuk pelajar seni bina atau
sesiapa saja yang mengamati bangunan ini pasti akan dapat merasakan
kejanggalan kubah bangunan ini. Kubah ini diletakkan seperti songkok kecil
kepada kepala yang besar. Kubah ini kelihatan tertengek songsang.
Kemungkinan kubah ini bukan muncul dari rekaan bentuk asal tetapi
dimunculkan untuk 'menyunatkan' Putrajaya agar dibaca sebagai
Melayu/Islam.
Dari bangunan istana perdana menteri ini warga akan melihat tangga turun
ke sebuah lebuh besar. Melintasi lebuh ini warga akan sampai ke sebuah
medan.

Medan ini betul-betul dihadapan istana. Medan inilah tempat rakyat berkumpul
dan untuk menyambut perdana menteri apabila beliau mencecah duli diatas
tangga di hari akhir bulan Oktober.
Perarakan pelbagai kontigen (baca menyembah duli) akan diadakan di lebuh besar untuk mengalu-alukan kemunculan perdana menteri dari istananya.

Jika ini bukan konsep fascist, apakah bahasa, nahu dan tanda ritual ini. Sikap
anti demokratik ritual ini dapat dilihat jelas. Rakyat disatu ruang yang
terpisah dari ruang yang memerintah. Si pemerintah dan juak-juaknya akan
tegak berdiri disatu ruang yang lebih tinggi.
Ruang ini bukan ruang yang dibuat untuk sementara seperti pentas di
Dataran Merdeka tetapi tangga yang kekal menghala ke istana perdana
menteri.

Louise ke 14, Hitler atau Stalin sendiri gagal untuk mendapatkan satu reka
bentuk istana peribadi seperti ini. Di Peking, raja Tiongkok kuno mendirikan
Kota Larangan. Raja hanya diberi mandat mendirikan tembok untuk
memisahkan istana baginda dari medan Tienanmen - medan tempat rakyat
berkumpul. Istana Kota Larangan ini didirikan pula tidak melebihi dari
ketinggian tempat rakyat berkumpul. Disekitar Kota Larangan dan medan
Tienanmen ini hanya ada satu bangunan yang tinggi ia itu bagunan tempat
rakyat bersidang - parlimen Republik Rakyat Tiongkok.

LAMPU JALANRAYA

Di Putrajaya medan rakyat ini tidak menjadi medan rakyat berkumpul secara
kekal tetapi menjadi medan berhala kereta. Ini kerana warga dinegara kita ini
dididik untuk 'menyembah' kereta maka medan ini menjadi medan berhala
yang kekal abadi.

Dari medan berhala kereta dihadapan istana jika meluncur ke bawah akan
ditemui sebuah masjid. Amat jelas nahu, bahasa, tanda dan maknanya
dimana Masjid ini dibuat. Masjid ini didirikan dikawasan yang lebih rendah
dari istana perdana menteri. Sama lah seperti masjid al-Rahman di Univesiti
Malaya yang kedudukannya lebih rendah dan hina dari dari lebuh berhala
kereta.

Ligarlah Putrajaya, mata akan terperanjat apabila melihat reka bentuk tiang lampu
yang bagitu kacau bilau dan sampa larau motif dan unsur yang
mempengaruhi. Setiap jalan memiliki reka tiang lampu bentuk yang berbeza -
ada yang bermotif wau bulan, ada yang bermotif avant garde, ada yang
bermotif katholik.

Menurut yang empunya surah ini terjadi apabila Mahathir Mohamad terlihat
satu tiang lampu di Santiago Chile. Kerana baginda perdana menteri
perkenan maka berahi perdana menteri wajib dipenuhi. Sayangnya tidak
diketahui pula tiang lampu bentuk mana yang diberahikan oleh perdana
menteri.

Maka situkang bodek, untuk menyelamatkan diri terus membuat semua reka
bentuk tiang lampu yang wujud dalam dunia ini termasuk yang di Santiago.
(Inilalah surah lampu Putrajaya kita!)Putrajaya ini begitu angkuh sekali dan kelihatan anti-mereka yang miskin dan
kurang mampu justeru tidak banyak disediakan kerusi percuma untuk rakyat
biasa duduk berehat atau meleser.

Jika ingin berehat warga wajib duduk dicafe-café yang secawan kopinya senilai
dengan harga sekilo ikan kembung. Nahu dan bahasa kota ini betul-betul
merayakan keangkuhan kapitalis dan modal asing kerana disekeliling kawasan
masjidnya sendiri dikelilingi oleh rumah macdogal dan star buck
tempat para rentier capitalist mencari untung.


ISTANA LIPAS

Putrajaya bukan saja tidak memiliki nahu dan bahasa untuk berendah diri
seperti kota Athens dengan patheonnya; kota ini juga lupa kepada konsep
negara raja berperlembagaan.
Justeru istana agungnya terletak agak jauh disatu bucu yang tidak menonjol.
Parlimen tempat wakil rakyat bersidang tertinggal disatu kawasan yang lain.
Ini bermakna kota ini memusatkan kuasa dan terpisah dari kuasa rakyat.

Amat berbeza dari Delhi Baru atau Canberra dimana kota ini merayakan
parlimenya sebagai sebahagian dari pusat kota. Jelas bahasa, nahu dan tanda
yang muncul dari Putrajaya ialah parlimen tidak mustahak yang mustahak
hanyalah istana dan kuasa perdana menteri.

Kota ini adalah kota penyembah berhala kereta, justeru sesiapa yang tidak
memiliki berhala ini pasti akan mendapat kesukaraan untuk pergi dari satu
jabatan ke satu jabatan yang lain. Lupakan saja ruang untuk berjaan kaki atau
berbasikal- semua ini tidak di wujudkan.

Akhir dari lebuh besar dihadapan istana jika dipandang akan kelihatan
sebuah bukit. Dari jauh kelihatan diatas bukit ini seekor lipas. Dibukit ini
sewajibnaya didudukan masjid atau istana Yang Dipertuan Agong tetapi yang
tercegat di atas bukit ini hanyalah saekor lipas.

Didalam perut lipas inilah nanti lipas-lipas kecil dari pelbagai negara arab/Islam akan mengadakan persidangannya. ( lipas2 ini mengaku mereka benteng hadapan islam )
Lipas-lipas ini adalah lipas piliharaan yang akan menjalar dan memungut dan
menjilat serpihan-serpihan makanan yang ditinggalkan oleh Mc D dan star buck.

lipas- lipas ini akan merayap di seluruh pelusuk bumi menjaja maruah umat islam.
celaka la ke atas mereka...ya tuhan.
lipas-lipas busuk inilah punca kita islam mundur...

(Jika ditakdirkan Putrajaya ditenggelamkan oleh muntahan gunung berapi
dan seratus tahun kemudian para arkeloji menggalinya kembali maka inilah
bahasa, nahu , tanda dan makna kota yang diduduki oleh para lipas.)

-ilmu itu adalah penting..islam mahukan umatnya mendalami ilmu hingga denyutan nadi yg terakhir....bacul lah mereka yang cetek ilmunya....bangsat lah keturunannya jika ia tidak bisa
menguasai ilmu...biar miskin harta, jgn miskin ilmu...

Malaysiakini menang anugerah jenama utama media

0 comments


Malaysiakini - portal berita nombor satu negara - diiktiraf sebagai salah satu jenama pilihan utama rakyat Malaysia di majlis sulung Anugerah Jenama Putra di ibunegara, malam tadi.

Malaysiakini terpilih sebagai penerima salah satu daripada enam anugerah jenama media utama Malaysia bersama dengan stesen TV Astro, TV3, 8TV, akhbar The Star dan enjin carian global Google.

Menurut hos anugerah tersebut - Persatuan Agensi Pengiklan Bertauliah Malaysia (4As), Anugerah Jenama Putra adalah unik kerana para pengguna Malaysia sendiri yang membuat pilihan.

Satu sistem penyelidikan pilihan pengguna, membabitkan 6,000 orang, membantu memilih jenama paling digemari di Malaysia dalam 18 kategori, dengan tiga jenama utama bagi setiap kategori, menerima anugerah emas, perak dan gangsa.

Ini merupakan sampel penyelidikan pengguna terbesar yang pernah dijalankan di seluruh negara, meliputi Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

Malaysiakini memenangi piala gangsa dalam kategori 'media dan hiburan'. Pemenang lain bagi kategori yang sama ialah TV3 (gangsa), The Star dan 8TV (perak), Astro dan Google (emas).

Presiden 4As, Vincent Lee berkata pemilihan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).

MMVB memilih jenama terbaik berdasarkan penilaian kewangan, manakala Anugerah Jenama Putra pula memilih jenama terbaik berdasarkan pilihan pengguna.

"Anugerah Jenama Putra adalah satu kajiselidik yang dijalankan untuk mengukur tahap keyakinan pengguna. Kita mempunyai 6,000 respon online, berdasarkan ciri-ciri utama yang menjadi pilihan pengguna. Ia adalah suara pasaran," kata Lee.


TAHNIAH...SYABAS...
PASNI...CEO TV3, BERNAMA TV, UTUSAN, METRO X SENANG TIDO...
DEPA DOK SAKIT KEPALA, DEPA MERAH MATA..HAHAHAHA
JOM TIBAI...

SEKILO BERAPA RINGGIT??

0 comments


SIVARASA : KPN TIADA IJAZAH UNDANG-UNDANG – malaysiakini

Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh peguam Anwar, R Sivarasa, Musa, pegawai penyiasat dalam kes itu memberitahu mahkamah ketika itu bahawa dia mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang.

Bagaimanapun, dalam satu lagi perbicaraan yang membabitkan kes rasuah bekas Pengarah Sisatan Jenayah Perdagangan, Bukit Aman, Ramli Yusuff pada tahun 2009, Musa memberitahu mahkamah dia memiliki “diploma dalam undang-undang dan pengajian pengurusan”.

“KPN telah memberikan kenyataan palsu dengan mengatakan dia memiliki ijazah undang-undang ketika disoal balas dalam kes Anwar, sedangkan hakikatnya dia hanya mempunyai diploma dalam undang-undang,” kata Sivarasa ketika dihubungi

KAH KAH KAH..

woit... BANGKAI BIAWAK RUPA RUPA NYA.... kah kah kah..

kah kah kah.... BANGKAI INI MENIPU RUPA RUPANYA.... kah kah kah..

woit.... TEROKLAAA NEGARA INI... kah kah kah..

kah kah kah.... DULU BANGKAI DATUK BANDAR.... kah kah kah...

kah kah kah... KEMUDIAN BANGKAI ZAMBRY... kah kah kah..

woit.... TAK ADA IJAZAH ... BUAT MACAM MACAM UNKU AZIZ...kah kah kah..

kah kah kah... DUDUK DIAM DIAM.... SENYAP SENYAP..... ORANG TAK TANYA.....kah kah kah

APA MAKNA PENSWASTAAN

0 comments

Penswastaan ialah satu dasar ekonomi yang dianjur oleh kaum pemodal kapitalis pada tahun 80'an dahulu. Ini adalah dasar ekonomi yang mula-mula dianjurkan oleh Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Ini adalah dasar ekonomi kapitalis fahaman kanan yang ekstrim.

Sebelum dasar penswataan di perkenalkan banyak negara dalam dunia ini masih memiliki harta-harta dan syarikat-syarikat awam. Banyak syarikat-syarikat yang berjaya ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan. Syarikat awam ertinya syarikat yang dimiliki oleh orang ramai. orang ramai itu maksudnya kita.

Kaum pemodal meleleh air lior dan merah mata apabila melihat syarikat air, syarikat api, pejabat pos, syarikat talipon, syarikat kapal terbang, sekolah, hospital dan seribu satu macam syarikat yang dimiliki oleh rakyat. Kaum pemodal tidak dapat menahan nafsu duitan mereka untuk merompak syarikat-syarikat ini.

Syarikat-syarikat milik kerajaan bermula dengan cita-cita untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Syarikat-syarikat in diusahakan bukan atas dasar mencari untung maksima. Dalam masa yang sama syarikat-syarikat ini juga berjalan dengan pengendalian yang baik dan profesional. Untung bukan slogan syarikat-syarikat ini. Rugi juga bukan moto syarikat ini.

Khidmat untuk orang ramai ialah shahadah untuk semua syarikat-syarikat milik kerajaan. Syarikat-syarikat ini berimankan - khidmat terbaik untuk kesejahteraan ramai. Syarikat milik orang ramai didirikan untuk memberi khidmat kepada orang ramai.

Tiba-tiba Mahathir Muhamad melancar skim cepat kaya pada tahun 80an. Syarikat-syarikat Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, MAS, Pembeklan Air, Pejabat Pos, Hospital, Taman Negara, Jalan Raya, Balai Raya, Dewan Orang Ramai, Rumah Rehat – semua ini adalah contoh-contoh syarikat dan harta orang yang ditelah diagih-agihkan oleh Mahathir Muhamad kepada kaum kerabat dan kroni-kroninya.

Inilah skim cepat kaya Mahathir Muhamad yang dijadikan dasar gerombolan United Malays National Organisation. Di tahun-tahun itu, ketika Mahathir ditahta, kita ada mendengar berita Mamat Basikal Buruk jadi towkay gedung-gedung perniagaan. Kita mendengar Mat Driber Lori jadi pemilik empangan terbesar. Kita mendengar Mat Sekolah Tak Tamat menjadi tuan punya syarikat penerbangan. Kita mendengar cerita Mat Tak Pandai Cakap Inggeris menjadi pemilik loji air.

Semua harta-harta dan syarikat yang dimiliki orang ramai telah diambil alih untuk di jadikan milik pribadi. Semuanya dirompak untuk diagihkan kepada kroni. Cara rompakan ini cukup senang: Para kroni mengajukan cadangan-cadangan dengan kertas kerja kepada badan Unit Perancangan Ekonomi - EPU. Bunyinya cukup lunak tetapi hakikatnya amat berlainan. Badan perancangan ini juga dirasuah untuk meluluskan rompakan ini. Para birokrat di badan Perancangan ini juga mendapat habuan untuk meluluskan rompakan ini. Mereka bersubahat untuk sama-sama merompak.

Hasilnya di zaman Mahathir Muhamad banyak lanun dan kutu menjadi kaya raya.

Bayangkan berpuluh puluh tahun syarikat dan harta-harta ini telah dibangunkan sedikit demi sedikit. Syarikat MAS - dari dua buah kapal terbang yang disewa dari BOAC akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa. Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya Pejabat Pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara. Cuba fikirkan bagaimana hutan diteroka dan jalan raya dan landasan keretapi dibuat.

Berapa bilion ringgit pelaboran telah di curahkan oleh kerajaan? Berapa banyak masa, tenaga dan berapa banyak nyawa rakyat yang telah digunakan untuk mendirikan syarikat-syarikat ini? Dalam sekelip mata sahaja semua harta-harta ini telah dirompak oleh Mahathir Muhamad. Harta-harta milik kita semua ini dengan begitu tenang diagih-agihkan kepada kaum keluarga dan kroni di depan mata kita tanpa segan silu.

Dasar rompak harta orang ramai inilah yang dipanggil dasar pengswastaan. Dasar ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil dasar globalisasi. Dasar globalisasi ini membolehkan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa datang sama menjarah dan merompak harta negara kita. tanpa kita sedar dasar ini telah menganjingkan kita.

Apakah kita lupa syarikat Air Kelantan pada satu masa dahulu sebahagian besarnya adalah milik Thames Water dari United Kingdom. Tidak kah kita merasa takut apabila air yang kita minum ini tuan empunyanya ialah orang luar. Tidak kah kita merasa gerun apabila hospital kita adalah milik Singapura, Britain atau Amerika? Tidak kah kita terganggu apabila syarikat talipon kita kini dimiliki oleh Jepun, Korea dan Australia?

Dasar penswastaan ini telah berjalan lebih dari 20 tahun. Porak peranda hasil dari dasar ini sedang kita lihat. Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung 'menipu' untuk membuat duit. Hospital yang dulunya milik kita bersama kini apabila kita jatuh sakit kita pula kena bayar. Kita diberi ubat yang 'tidak bermutu' tetapi jika hendakkan ubat yang bermutu – sila bayar. Jika tidak ada duit maka jawabnya kita dapat rawatan lekeh atau tidak ada rawatan langsung.senang cerita kalau tiada duit mereka hanya suruh kita berserah pada takdir...

Lihat pula berapa banyak jalan-jalan raya sedang dihalang dengan tol. Air dan api dinaikan harga saban tahun. Talipon terus melonjak sewanya. Untung, untung dan untung dijadikan akidah syarikat swasta ini.

Dahulu - ketika semua syarikat ini dimiliki oleh orang ramai – jika dapat untung – keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam dana negara. Bila syarikat ini di swastakan bila ada untung maka untung ini masuk ke dalam poket tuan pemilik saham syarikat ini. Ini bezanya antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat yang diswastakan.

penah dulu Najib Razak telah cuba melakukan rompakan di siang hari. Najib Razak sedang mula membuat jaringan kroni-kroni baru. Sime Darby adalah kroni pertama Najib Razak. Jika di selidik dan di halusi maka pasti akan kita ketemui bahawa Najib Razak dan kaum kerabatnya mungkin ada memiliki kepentingan dalam syarikat Sime Darby ini. Atau telah ada 'persetujuan' yang syarikat Sime Darby ini akan memperkukuhkan kedudukan Najib dari segi sokongan politik dan kewangan.

Sime Darby ingin merompak Institut Jantung Negara. Ini telah di persetujui oleh Najib Razak. Najib Razak sendiri membuat kenyataan - DIA TIDAK AKAN MENGHALANG NIAT SIME DARBY.

Lihat dengan jahat dan licik Najib Razak telah 'membocorkan' berita rancangan rompakan ini sesudah perlimen ditutup untuk bercuti satu bulan. Ini niat jahat.

Najib Razak tidak mahu projek rompakan IJN ini dibicangkan di parlimen. Pasti perancangan rompakan ini telah lama berjalan secara senyap-senyap. Secara sulit pasti ada 'deal' yang telah dibuat. Kenapa projek rompakan ini tidak diberitahu secara telus kepada wakil rakyat di parlimen? Kenapa dengan tiba-tiba Najib besetuju? Mana dia dasar ketelusan yang selalu di warwarkan oleh gerombolan United Malays National Organisation?

Semua rompakan penswastaan di buat dalam gelap. Hingga ke hari ini kita – orang ramai – masih belum dapat membaca perjanjian antara kerajaan dengan syarikat lebuh raya. Perjanjian syarikat ini telah dibuat dengan kerajaan. Ertinya perjanjian ini dibuat dengan kita semua. Kerajaan itu ialah orang ramai. Orang ramai ialah kita semua kerana kita yang melantik kerajaan. Kalau kita melantik kerajaan kenapa kita tidak boleh mengetahui apa yang di janjikan.

Justeru, dasar penswastaan ini wajib dihentikan. Dasar ini membawa mudarat kepada orang ramai. Tugas kerajaan bukan untuk mengkayakan kroni dan kaum kerabat. Tugas kerajaan yang berjiwa rakyat ialah mendahulukan kepentingan ramai dari kepentingan kroni dan anak bini. Tugas utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat terbanyak hidup selesa dengan pembahagian dan agihan ekonomi yang adil.

Rakyat wajib berwaspada dengan dasar penswastaan. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana perompak-perompak harta orang ramai ini masih berkeliaran. Selagi mereka berkuasa rompakan harta rakyat akan berterusan. Untuk ini kita tidak ada pilihan –hentikan dasar ini dan mereka kita nyahkan dari tampok kuasa.

budak- budak boleh la kencing.....