Pemuda: Haramkan "pakatan Rakyat"

Seorang perwakilan di perhimpunan agung Umno menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.

"Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan.

Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.

"Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?

"Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia sebuah pertubuhan haram.

"Ini tidak boleh dibenarkan sama sekali," tegas Nur Saidi.

Berbeza dengan Umno yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan.

" "Siapa pula Pakatan Rakyat yang dicanangkan akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September lalu?

"Siapa mereka ini? Bukankah negara mempunyai undang-undang peraturan menubuhkan parti politik," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno hari ini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya pagi semalam tidak pernah menyebut "Pakatan Rakyat", sebaliknya menggantikan perkataan itu dengan "Pakatan Pembangkang."


kah kah kah...nie mamat poyo mana pulak nie.. sekolah kat mane????

"bile pakatan rakyat di luluskan?" waahh kah kah kah...

mabuk stout kepala anjing semalam tak hilang lagi ka kawan???

mane engko sedar engko sebuk kira duit dalam bilik ngan GRO dangdut...!!!

kah kah kah......pakatan pembangkang???

pakatan pembangkang pun pakatan pembangkang laaa...

janji UMNO padam!!!

kah kah kah

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment