Adnan tidak terkejut dengan kekalahannya

pagi sabtu yang indah bertambah ceria kalau di selitkan drama komedi sebabak ini...

layanlah kehidupan dengan ketawa riang....

kah kah kah.....

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau tidak begitu terkejut dengan kekalahannya dalam pemilihan kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno tetapi dapat mengetahui perasaan sebenar perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno.

Adnan berkata, beliau sudah menggunakan kaedah yang diamalkan pemimpin lalu seperti bekas perdana menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abdul Razak Hussein di mana mereka tidak berkempen apabila bertanding jawatan parti.

"Saya tidak begitu terkejut kerana dari mula lagi saya tidak mahu bertanding. Ini kerana saya berasa jika saya tidak bertanding, presiden akan melantik saya sebagai ahli Majlis Tertinggi (atas kedudukannya sebagai menteri Besar Pahang)," katanya di luar Perhimpunan Agung Umno di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Adnan berkata, beliau memutuskan untuk bertanding dan mengikut cara Tunku Abdul Rahman dan Abdul Razak untuk melihat kemungkinan yang akan berlaku pada masa ini.

"Jadi, terbukti bahawa apabila kita tidak turun ke bawah berjumpa rakyat, buat baik dengan mereka, kita tidak akan menang. "Tujuan saya adalah untuk mendapat pengalaman dan merasai sendiri perasaan perwakilan pada masa ini," katanya.


kah kah kah...

tak terkejut sebab dah tau akan di buat 'sayur'.... kah.. kah.. kah...

kena jadi sayur kobis pahang...baja taik lembu...kah kah kah

nie mesti banyak makan kari nie???

......kih kih kih

ayat nak sedapkan hati dengan nak cover malu sebab perwakilan tak pilih dia....

perwakilan nak suruh dia jual dodol kat tepi tol highway karak..kah kah kah

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment