Pau kerajaan naikkan harga roti canai & teh tarik- Belitan Hairan

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengusaha restoran tempatan mengancam untuk menaikkan harga makanan termasuk roti canai dan teh tarik jika kerajaan bertegas dengan keputusan menaikkan levi pengambilan pekerja asing.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) berkata, tindakan menaikkan harga itu terpaksa dibuat bagi mengelak perniagaan mereka terjejas berikutan peningkatan kos pekerja.

Timbalan Presiden Presma, Kamarul Zaman Seeni Mohideen, berkata langkah kerajaan menaikkan levi pekerja asing itu tidak adil kepada pengusaha restoran, khususnya ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi.

Kami amat terguris kerana selama ini persatuan sentiasa memberi sokongan padu kepada semua dasar kerajaan, termasuk membantu menjayakan kempen penurunan harga makanan yang dilaksanakan pada November lalu. “Jadi kini kami amat berharap kerajaan menimbang semula kenaikan levi itu kerana jika ia diteruskan, kami tiada pilihan selain menaikkan harga makanan bagi menampung peningkatan kos operasi,” katanya di sini semalam.

kah kah kah...ingat runer Along je peras ugut....simbah cat merah..!!!

la ni kedai mamak cap ayam tepi longkangpun pandai up selling....kah kah kah...

dah mula kenal ayat demand...dah pandai nak pau-pau.....kah kah kah....

pasni mat-mat rempit, mat skinhead, punk pacak, minah-minah lepak pertama,
mat MIRC, mat taman bunga, club keta kancil, mat-mat ubat kelapa sawit bagan datok boleh lah buat tuntutan untuk kepentingan masing-masing
...kah kah kah...

kerajaan dah lemah....kerajaan dah lembik....

kah kah kah

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment