Norza?? no entry ..kih kih kih

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pengurusan Umno hari ini memutuskan ahli Majlis Tertinggi, Datuk Mohamad Norza Zakaria tidak boleh bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti yang akan berlangsung Khamis ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tindakan itu diambil mengikut kes "duluan" yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan Perlis.

"Kita ikut precedent yang lama seperti yang berlaku di Negeri Sembilan dan satu bahagian di Kangar, Perlis, iaitu tidak bagi orang itu bertanding selepas dia kena charge (tuduh di mahkamah)...so we followlah (jadi kita ikutlah)," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno mengenai usul perbahasan sempena Perhimpunan Agung Umno di bangunan Parlimen di sini, semalam.


Mohamad Norza, yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lepas telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno pada Khamis ini.

Mohamad Norza mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi suapan wang tunai RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi Kamaruzzaman sebagai dorongan untuk diagihkan kepada perwakilan bagi membantu mengundinya memenangi jawatan MT itu.

la..la..la..la...la

KL apa cerita??

we pun nak follow lah adnan mansor.....

nie adik rosmah mansor ke abang rosmah mansor???

ada kabel??? SPRM...siasat...siasat....

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment