Jangan di kenang kisah lalu...kah kah akh


mat taib kantoi duit beribu,
heboh lah sudah cerita di palu,
mat taib berkata sambil urut dagu,
agar jangan di kenang kisah lalu...


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata apa juga peristiwa yang berkaitan dengan skandalnya di Australia di masa lalu tidak perlu diungkit lagi.

Muhammad berkata Umno telah menerimanya dan jika beliau dipilih sebagai timbalan presiden parti pada pemilihan parti kali ini, beliau akan memberi tumpuan pada tugas itu.


"Saya telah lupakan semua itu. Mereka (Umno) telah menerima saya semula. (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) telah melantik saya sebagai pengarah pilihan raya kecil. Semua pilihan raya kecil sejak 1999.

Beliau memberikan tanggungjawab itu kepada saya untuk memastikan kami (Umno) memenangi semua pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya mengenai skandalnya di Australia.

Katanya tumpuan beliau kini ialah untuk meneruskan tugasnya dan sekiranya diberikan peluang, beliau akan "lakukan tugasnya dengan lebih baik lagi sekiranya mereka memberikannya peluang untuk berada di tempat tertentu".

Pada 1997, Muhammad dihadapkan ke mahkamah Australia terhadap pertuduhan tidak mematuhi peraturan mata wang dengan memiliki sejumlah RM3.8 juta walaupun kemudiannya beliau didapati tidak bersalah. - Bernama


kih kih kih....mamat nie nak kita lupakan apa???

pasai cerita kat australia tu???

jangan risau...kami tak pikirpun....omputih cakap past is past..kih kih kih

dari pikiq pasai engko baek aku pikiq kat sapa besok aku nak pinjam duit...duit gaji dah abes...

duk kat malaysia cam duk kat london...suma mahal...

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment