kejor yop kejor sampai yop x terkejor....



DUN Perak kembali kecoh-malaysiakini

10.40 pagi: Wakil pakatan membaling kad kecil bertulis "Dunia sedang melihat", "pencuri" dan "penyamun".

Nizar pergi kepada meja setiausaha kerajaan dan menjatuhkan salah satu poster tersebut di situ. Tiada sesiapa menghalangnya.

10.30 pagi: Ganesan memanggil Tai Sng Ng (PKR-Kuala Sepetang) untuk bertanyakan soalan ketika.

Tai bangun dan berkata, beliau mahu memberikan laluan kepada Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) untuk membangkitkan peraturan dewan.

Ganesan mengabaikan permintaan itu. Berlalaku kekecohan.

Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) bertempik dengan marah: “Ini peraturan dewan... speaker jenis apa ini?”

Ganesan melangkau soalan tersebut. Tempikan daripada kawasan Pakatan senyap seketika.

TERDAHULU:Dewan undangan negeri Perak sekali lagi dicemari apabila ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bertikam lidah.

Wakil rakyat Pakatan Rakyat terus mengasak speaker R Ganesan yang didakwa dilantik secara tidak sah, meskipun bacaan doa masih belum selesai.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kemudiannya membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan dengan mengangkat tangan.

Zambry kemudiannya mula menjawab soalan lisan pada jam10.15 pagi tetapi beliau terus diganggu oleh adun Pakatan.

Mereka cuba mencelah dangan memegang buku pearturan dewan tetapi mikrofon mereka telah dipadamkan.

Pada sidang hari ini, semua adun Pakatan Rakyat berpakaian serba hitam sebagai tanda bantahan mereka bahawa demokrasi telah mati di negeri itu.

kah..kah..kah...kejor yop kejor...
yop dah x larat nak kejor...kah kah...
oit..! zambry...bubar je dewan...bt pilihanraya...kasi rakyat jadi hakim...

jangan buat pekak..jangan bt bodo oh yop....malu kt org....rakyat tau hakim mahkamah kaki kelentong..hakim mahkamah adili org cam 'lalang'..ikut angin...ha ha

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment