kenyataan otai madey di bidas

KUALA LUMPUR 19 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diselar kerana mengeluarkan kenyataan yang berupaya mempengaruhi Lembaga Disiplin dan Panel Rayuan UMNO berhubung kes politik wang.

Calon Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, kenyataan Dr. Mahathir semalam mendahului keputusan Panel Rayuan serta tidak adil buat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta ahli-ahli parti yang lain.

''Itu adalah satu prosedur biasa dalam UMNO yang membenarkan adanya rayuan
''Sama ada rayuan diterima atau tidak, itu terpulang kepada panel. Kenapa pula orang luar kata jangan layan rayuan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Dr. Mahathir menggesa MT UMNO tidak melayan rayuan ahli UMNO yang digantung keahlian kerana didapati terlibat dalam kes politik wang.
Menurut Dr. Mahathir, jika rayuan pesalah-pesalah politik wang itu diterima, maka Lembaga Disiplin parti akan kehilangan kredibilitinya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Lembaga Disiplin yang melarang Mohd. Ali daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah mendapati tiga ejennya bersalah mengamalkan politik wang.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan kenyataan Dr. Mahathir sebagai pandangan peribadi beliau yang perlu dihormati.

Bagaimanapun kata calon Naib Ketua Pemuda itu, Lembaga Disiplin dan Panel Rayuan bukannya mahkamah dan para pesalah politik wang dalam parti pula bukanlah penjenayah.

''Ahli-ahli UMNO kena dilayan secara terhormat kerana individu seperti Mohd. Ali telah memberikan sumbangan yang tidak terhingga kepada parti," katanya


kah kah kah....depa gaduh...depa nak tarik rambut..orang tua kutuk mau buka bunga, sudah pasang kekuda..kah..kah kah

gaduh la wahai orang tua..kami tgk sambil makan apam balik..kah kah kah

kih kih kih...ahli-ahli UMNO kena di layan secara terhormat??? kih kih
betui-betui...kita kena layan mereka secara terhormat...kih kih kih...

sumbangan kepada party je...agama, rakyat, negara camane???

kalau pada party je maknenya kutu nie jenis tak guna lah...sampah masyarakat.

0 comments: (+add yours?)

Post a Comment